Stories,Bios,History,Images.. Available here




Monday, November 28, 2011

KESUKAAN ABUYA


Antara kesukaan Abuya adalah mengadakan kenduri, bersedekah dan beri hadiah. Kalau Abuya tidak dapat bertahajud malam atau Dhuha di siang hari, beliau ganti dengan kenduri. Abuya pernah memberi panduan kepada anak-anak buah, di samping banyak sembahyang hajat dan banyak berdoa, banyakkan bersedekah kerana melalui sedekah itu dipercepatkan makbulnya hajat.
yang senget itu. kemudian dia bagi duit kepada Ustadz sebulan 3 ringgit saja. Jadi Kalau dah habis itu pandai-pandailah. Jadi dengan 3 ringgit itulah Ustadz hidup di sekolah. Dan selalunya kata Ustadz dah separuh bulan baru habis. Kemudan Ustadz pernah dijemput mengajar di surau kastam sendiri oleh orang-orang kastam untuk mengajar anak-anak mereka. Jadi dia nak bayarlah, tapi ayah Ustadz larang dia kata tak usah bagi duit dekat dia. Saya boleh bayar katanya. Padahal dengan 3 ringgit itulah dia didik anaknya. Kalau Ustadz ini kena marah oleh guru, memang dia sambung marah itu sehingga berpanjangan, lama dia nak marah tu. Kalau nak mengaji dia tak halang tapi kalau untuk berleha bercamur gaul memang dia halanglah. Oleh sebab ayah Ustadz dah dengar dari kyai Sahid tentang masa depan yang akan terjadi pada Ustadz
, maka dia rasa hormat pada Ustadz. Jarang kita jumpa ayah hormat kepada anak-anak, tetapi ini berlaku dari pada kita kepada adik-adik. Bila Ustadz datang ziarah dia sekali sekala sebab Ustadz dah mengajar dek jauh dari dia nanti dia akan menyambut lepas itu dia akan suruh pesan masak sedap-sedap jamu abang dia katanya. Dilayan lalu dihantar sampai ketangga berdirilah sampailah Ustadz jauh baru dia tinggalkan. Artinya dia hormat, kasih dan dia sangat jaga Ustadz. Hinggakan bila dia bela ayam lalu dia pesan, “nanti kalau abang datang ayam yang besar ini kita potong”. Begitulah ayah Ustadz sebab dia dah tahu apa nak jadi pada anak dia ni. Tapi dia tak pernah cerita kepada Ustadz sendiri. Dan didikannya adakan menyelamatkan Ustadz supaya tak jadi rosak.
Ayahnya sendiri memang mempunyai keistimewaan yang mana orang-orang di pulau Pungkur memanggil dia ‘Mat Khalifah’. Dan orang Putih dan orang Jepun takut dengan dia. Sebab keajaiban, keanehan yang berlaku. Pernah Jepun dah angkat pedang nak pancung sebab dia ketawakan Jepun tak pandai nak buka kelapa, tapi seelok saja pedang itu diangkat tiba-tiba terlepas dari tangan dia. Dan minta maaf. Walhal kalau Jepun dah angkat pedang seperti itu melayu memang tak dapat hiduplah. Jadi macam-macamlah keistimewaan yang kita lihat pada ayah Ustadz ni. Yang mana dialah yang mengawal, mendidik, membesarkan Syeikhul Arqam.

Jadi saudara-saudari kita sambung cerita tentang pemimpin kita ni dengan harapan bahwa kita dilihat memang untuk akhir zaman kebangkitan Islam yang dijanjikan ini, Allah datangkan seorang yang dia tidak diduga oleh zamannya karena kelainan-kelainan ataupun tidak semacam dia dengan orang itu tertama dari segi ilmu, pengalaman, perjuangannya. Tapi itulah yang berjaya. Seperti mana yang kita lihat dalam Malaysia sendiri apalagi di seluruh dunia ini terlalu banyak badan-badan Islam, harakah-harakah Islamiah atau jemaah-jemaah yang ingin melaksanakan Islam dalam praktek hidup mereka tetapi hingga hari ini masih boleh dikatakan semuanya gagal. Mereka masih cuma berseri-seri sama ada tentang sosial Islam, ekonomi, pendidikan. Mereka masih merangka-merangka, masih dalam bentuk kertas kerja tetapi belum praktikal. Sedangkan bersama Syeikhul Arqam ni kita tak ada kertas kerja, tak ada planning Alhamdulillah sampai hari ini dah berpuluh-puluh buah kampung dan sekolah yang kita dapat bangunkan. Walhal nak buat satu kampung pun amat suasah, kalaulah orang-orang ini paham bahwa kita ni dibantu itu bukan kebetulan artinya bukan karena kaedah ini yang betul, bukan karena teori-teori yang kebetulan bahkan inilah dia jemaah akhir zaman yang nanti akan disambung denan Imam Mahdi, tentu orang-orang akan terperanjat, tentu orang-orang lain itu akan rasa kecilan ataupun terkejut yang amat sangat. Selama ini mereka menganggap Arqam adalah saingan kepada mereka dan mereka juga boleh berbuat. Sepatutnya mereka paham tanpa Aurad Muhammadiah tanpa teknik ‘Approach’ yang seperti mana Arqam buat dengan bahan-bahan ilmu yang tersendiri itulah istimewanya hingga Arqam boleh membina dan membangun. Sedangkan kalau menggunakan kaedah mereka yang bahasanya kita tak paham karena ilmunya tinggi, itu sebenarnya tak boleh jadi sebab dia bukanlah jemaah yang sebenarnya tak boleh jadi sebab dia bukanlah jemaah yang Allah pilih, yang Allah lantik. Cuma kita susah menerangkan ini kepada mereka. Tak kan kita nak kata, nak syarahkan macam yang kita syarahkan hari ini. Nanti dia akan menolak kita. Tapi kita tunggulah bagaimana Allah akan bertindak, Allah akan lakukan untuk menyatukan umat ini satu masa nanti. Insya Allah. Jadi saudara-saudari sekalian kita sambung yaitu melihat keanehan tentang kasih sayang orang kepada Syeikhul Arqam dan Ukhuwah yang terjalin dalam jemaah kita ini. Cerita kebencian musuh kepadanya. Sebab satu ciri perjuangan yang hak itu ialah kasih sayang yang tinggi juga kebencian yang melampau oleh musuh-musuhnya. Ini berlaku dalam Darul Arqam yang mana saya kira tidak berlaku dalam jemaah-jemaah Islam yang lain. Kalau sayang pun masih biasa-biasa sajalah dan kalau orang benci pun tak lah sampai nak membunuh. jadi ini berlaku di dalam Darul Arqam. Kita dapat melihat bagaimana tanpa ada apa-apa kemungkinan dari pada Syeikhul Arqam, orang begitu sayang dengan dia. Bukan saja ahli-ahli yang dekat dan ahli yang jauh bahkan para simpati, orang luar. Memberi kasih sayang yang luar biasa

No comments:

Post a Comment