Stories,Bios,History,Images.. Available here




Monday, November 28, 2011

IBADAH


Sembahyang : Sembahyang wajib
Abuya sentiasa sembahyang di awal waktu dan beliau berada di tikar sembahyang satu jam sebelum masuk waktu. Biasanya waktu menjelang solat itu Abuya peruntukkan bersama anak buah atau tetamu. Memberi ilmu dan mentarbiah. Dalam hidupnya, Abuya banyak mengerjakan sembahyang jamak qasar kerana selalu bermusafir. Hampir-hampir tidak pernah sembahyang seorang diri. Sentiasa berjemaah walaupun di waktu sakit tenat. Sembahyang sunat – Abuya istiqamah bersembahyang Tahajjud dan Witir di sepertiga hujung malam. Kemudian istiqamah sembahyang sunat Rawatib dan Dhuha serta sunat Awwabin di antara Magrib dengan waktu Isyak.
Abuya akan memendekkan sembahyang sunatnya jika ada program-program rasmi atau jika ada tetamu.

Puasa : Puasa wajib

Abuya terlalu menjaga waktu berbuka, jangan sampai terbatal. Ertinya, betul-betul yakin masuk waktu. Dan melebihkan waktu asalkan jangan termakan sebelum waktu berbuka. Begitu juga bersahur, beliau akan memberhentikan makan lebih awal (sebelum waktu imsak). Sewaktu berbuka, Abuya hanya menjamah sedikit makanan dan terus solat. Selepas solat Terawih barulah beliau makan semula.
Abuya selalu mengerjakan Sunat Terawih 20 rakaat. Kadang-kadang sebelum menjamah makanan, Abuya akan mengaji Al Quran dan selalunya mengkhatam Al Quran sebanyak 2 kali sepanjang bulan Ramadhan. Puasa Sunat – Abuya berpuasa enam hari setiap bulan Syawal.

No comments:

Post a Comment