- Salawat dan salam kepada junjungan nabi besar kekasihMu & Nabi akhir zaman, kepada manusia akhir zaman. Moga-moga kami dapat membanyakkan salawat kepada junjungan nabi saw, moga-moga kami dapat syafaatnya di akhirat kelak. Karena Rasulullah SAW dia manusia luar biasa, dia kekasih Tuhan, manusia yang paling dikasihi oleh Tuhan. Karenanyalah dunia dan akhirat diciptakan. Nabi Muhammad manusia luar biasa, manusia agung, manusia istimewa, sebab itu agar kita benar-benar kenal nabi kita, bukan sambil lewa, maka kita akan cungkil cerita-cerita tentang dia.Oleh karena Nabi Muhammad manusia luar biasa tentulah sejarah hidupnya luar biasa. Bukan saja sejarah hidup beliau, tapi yang mengenai sejarah hidup beliau seperti salasilahnya, keturunannya, hendaklah kita ambil perhatian, supaya terasa kita bahwa Rasulullah SAW itu besar dan agung. Saya nak(ingin) ceritakan sedikit tentang datuknya (kakek) yaitu Abdul Muthalib.Rasulullah SAW ini namanya Muhammad bin Abdulah bin Abd Muthalib bin Hasyim bin Manaf. Abdul Muthalib ini sebelum ada anak-anak, dia pernah bernazar kepada Tuhan kalau dia dapat 10 anak lelaki dia akan sembelih seorang. Setelah berbelas belas tahun berkahwin dapat 10 anak lelaki diantaranya Abu lahab, Saidina Hamzah, Abu Thalib dan lain-lain. Tapi yang bungsunya Abdullah.Jadi bila dapat 10 anak laki dia pun teringat nazarnya, dia nak tunaikan nazarnya, nak sembelih seorang. Bila nak sembelih, yang mana satu, semuanya anak-anak dia. Dia mengadukan hal ini kepada seorang ahli nujum di zaman itu, macam mana nak buat?. Ahli nujum
bagi tahu dia, buat undi. siapa yang kena, itulah sembelih. Cara orang arab ini, walau hidup di zaman jahiliah, janji dipatuhi. Janji tu Abdul Muthalib terpaksa patuhi.Setelah menerima nasihat dari ahli nujum, dia buat undian di kalangan anak-anaknya. Ketika diundi kena pada Abdullah, sedangkan ia anak yang paling disayangi, anak bongsu. Kemudian dia pergi tanya lagi pada ahli nujum. Ahli nujum suruh undi lagi. Maka Abdul Muthalib buat undian kedua, tapi kena pada Abdullah juga. Mengadu lagi, diundi lagi kena Abdullah lagi. Dia buat undian kali ke-9, kali ke-10 masih kena Abdullah. Mengadu lagi dia kepada ahli nujum, undian saya mengena pada anak yang paling saya sayang, yang paling cantik. Ahli nujum jawab, kalau begitu engkau sembelih saja 100 unta untuk mengganti Abdullah. Akhirnya Abdullah selamat.Demi mengingati peristiwa ini, sebab tu ketika Rasulullah SAW menjadi rasul, salah satu syariat Rasulullah SAW yaitu siapa membunuh orang, tebusannya sembelih 100 unta. Jadi ada syariat dalam jahiliah yang dikekalkan oleh Tuhan, diantaranya siapa yang buat dosa bunuh orang, dia kena tebus dengan menyembelih 100 unta. Kekal sampai hari ini.Selamatlah Abdullah daripada disembelih. Diantara 10 anak lelaki ni Abdullahlah yang paling disayang bapanya Abd muthalib. Tapi oleh karena Abdullah ni nak melahirkan zuriat yaitu nabi akhir zaman, Tuhan bagi tanda di dahinya ada cahaya, dari pada budak lagi. Terutama waktu malam, bila dia pergi mana-mana orang nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Tapi tak ada yang tahu cahaya tu cahaya apa.Rupanya di kalangan ramai ni ada seorang yang tahu. Saya lupa dia dapat dari mimpi atau ahli nujum. Yang tahu seorang perempuan namanya Fatimah Syam. Dia tahu bahwa orang yang bercahaya di dahi tu akan melahirkan nabi akhir zaman. Maka dia jatuh hati kepada Abdullah. Dia cuba pikat abdullah. Kalau dalam bahasa sekarang dia mengorat Abdullah sebab dia tahu dari Abdulah ni akan lahir seorang nabi. Dia pujuk, dia rayu dia ajak kawin, tapi abdullah tak mau Akhirnya abdullah dipinang oleh Siti Aminah. Abdullah mahu. Maka lahirlah dari pada Abdullah, Muhammad, ibunya Aminah. Tapi Nabi Muhammad saw tak sempat melihat ayahnya. Waktu baru 2 bulan dalam kandungan, Abdullah pergi ziarah keluarganya, dia meninggal di tengah jalan. Emaknya tak perasan lagi hingga ke 9 bulan, sebab tak ada tanda atau kesan, cuma setiap malam mimpi jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti Asyiah , Masyitoh dan lain lain yang memberitahu dia, hai Aminah bertuahlah engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi nabi akhir zaman. "Iya ke, aku tak mengandung" kata aminah. Hampir setiap malam, dia mimpi. Kata-kata itu diulang, hai Aminah bertuahnya engkau, karena akan melahirkan nabi akhir zaman. Aminah heran, sebab mimpi dan realiti tak sama sebab dia fikir dia tak mengandung. Rupanya bila 9 bulan lahir anak, pada 12 RabiulAwal tahun gajah.Waktu lahir, dia tak macam anak-anak lain lahir, kalau anak-anak lain emaknya rasa sakit, keluar darah. Ini bersih elok bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tak menangis.Selepas Rasulullah SAW menjadi rasul selain daripada perang ada dua peristiwa yang sangat menakutkan.Setelah Rasulullah SAW mula diterima orang, pengaruh Rasulullah SAW dah mula ada, cakap-cakap Rasulullah SAW ada orang tak boleh faham, sebab Rasulullah SAW sebut akhirat, Tuhan, syurga, mana orang faham. Jadi banyaklah orang marah. Di antara yang marah tu pembesar-pembesar Quraisy. Akhirnya mereka ambil keputusan, Rasulullah SAW di ISA kan di Bani Said. Setiap jalan ke Bani Said disekat hingga makanan tak boleh sampai dan tak dibenarkan siapapun menyampaikan makanan. Kemudian orang arab jahiliah ni buat satu perjanjian ditulis di atas kulit. Selagi perjanjian ini kekal, selama itu dia kena ISA. Perjanjian itu digantung di Ka’bah. Kalau ikut logik, tulisan itu kekal sampai mati. Rupanya selepas Rasulullah SAW di ISA kan 3 tahun, tulisan itu dimakan oleh anai-anai. Saya dah katakan tadi, orang Arab ini walau jahiliah, tapi dia tunaikan janji. Maka dia lepaskan Rasulullah SAW.Peristiwa ke-2 adalah setelah pengikutnya besar, ramai, pembesar-pembesar Arab berkumpul di Darun Nadwah, satu dewan besar. Mereka berunding macam mana nak musnahkan Rasulullah SAW. Bila dimusyawarahkan akhirnya diambil keputusan di Darun Nadwah itu, kita bunuh saja Rasulullah SAW, tapi yang bunuhnya bukan seorang, dibunuh oleh wakil-wakil kaum. Karena mereka berfikir, kalau semua kaum terlibat membunuh, tak adalah keluarga menuntut siapa-siapa, semua puak terlibat dalam membunuh. Tapi pakatan ni diketahui oleh Rasulullah SAW. Satu malam Rasulullah SAW dan Saidina Ali keluar rumah dan bermalam di sebuah rumah. Pada malam itu Rasulullah SAW berpesan pada Saidina Ali, awak tidur di tempat saya supaya orang menyangka saya yang tidur di situ, sedangkan semua wakil kaum berada di sekeliling rumah itu.Bila Saiyidina Ali berada di rumah itu, mereka menyangka Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW meninggalkan rumah itu. Waktu dia keluar rumah itu, dia ambil pasir, dia baca ayat dan ditaburkan kepada semua sehingga semua tidur senyenyak nyenyaknya. Bila mereka terbangun, mereka terkejut, kita semua tidur, jangan-jangan Muhammad dah lari. Akhirnya mereka menyerbu ke rumah, tapi yang tidur tu Saidina Ali, seorang budak. Maka mereka pun memburu Rasulullah SAW, tinggalkan Saiyidina Ali. Di sini ada satu hikmah, ada benda tersirat.Yang pertama, melihatkan kepada kita bahawa Saiyidina Ali dari pada budak lagi sudah berani. Kalau anak-anak kita, kalau tahu orang nak bunuh kita, ayahnya berpesan engkau tidur tempat abah, abah nak lari, tentu dia kata, tak nak tak nak, saya nak ikut abah. Tapi bila dipesan Rasulullah SAW, Saiyidina Ali tahu orang nak bunuh Rasulullah SAW, dia sanggup gantikan. Di sini memperlihatkan betapa di waktu kecil lagi Saiyidina Ali sudah berani.Yang ke-2, kalau kita tak pandai cungkil hikmahnya, kita anggap Rasulullah SAW zalim. Dia nak lepaskan diri, budak yang gantikan dia. Ini tak bertanggung jawab. Begitulah ulasan orang Yahudi & orang-orang Islam yang berpenyakit. Sebenarnya Rasulullah SAW bijak, waktu-waktu orang berhadapan dengan bahaya, satu orang penting satu kurang penting, tentulah yang tak penting sanggup berkorban, yang tak penting dikorbankan. Rasulullah SAW untuk umum , kalau mati Saiyidina Ali tak apa, dia bukan Rasul. Ini mengajar umat Islam sepanjang masa, kalau satu perjuangan yang hak, kalau terjadi nak dibunuh orang, siapa yang penting siapa yang tak penting, kalau mesti mati satu orang, atas dasar strategi, yang tak penting itu kena dikorbankan. Yang penting kena diselamatkan karena dia penting untuk manusia. Itu bukan satu sikap yang tak bertanggung jawab, tapi satu kebijaksanaan.Bila Rasulullah SAW sudah keluar malam tu. Dia dah berjanji dengan Saiyidina Abu Bakar nak keluar sama. Kemudian Rasulullah SAW memberitahu Asma anak kepada Saiyidina Abu Bakar, kalau tak silap adik kepada Aisyah, suruh jadi spy atau pengintip. Mengapa Rasulullah SAW pilih perempuan tak pilih lelaki? Orang jahiliah takkan terfikir yang nak dijadikan spy itu seorang perempuan. Perempuan penakut, takkan penakut dijadikan pengintip. Di sini bijaknya Rasulullah SAW, patutnya laki-laki jadi spy, tapi perempuan dijadikan spy supaya orang tak sangka.Di sini Rasulullah SAW mengajar kita bahawa dalam satu perjuangan di satu -satu ketika boleh jadikan perempuan spy, atau boleh digunakan perempuan menguasai satu satu bidang kalau diperlukan. Dia bukan terkungkung saja. Di zaman Rasulullah SAW boleh jadi spy. Sebab itu di zaman moden ni musuh-musuh Islam banyak menjadikan kaum ibu sebagai spy supaya kaum ibu dapat perangkap musuh. Musuh nak diperangkap dengan kaum wanita. Tapi Islam menjadikan perempuan supaya orang tidak terfikir perempuan spy atau dia tidak fikir dia perangkap musuh. Tapi orang-orang kafir dan yang tak ikut syariat, dia guna perempuan untuk perangkap musuh, perangkap lelaki, bukan supaya tak perasan spy. Itulah hikmahnya.Kalau kita tak ulas sejarah ni orang akan kata tak patut budak Saiyidina Ali gantikan tempat Rasulullah SAW. Kalau tak dijadikan Asma spy, seolah-olah orang Islam yang fanatik dengan agama, perempuan itu tak ada parenan. Sebenarnya dalam Islam, dalam sesetengah hal perempuan boleh berparenan macam jadi spy atau pengintip, tapi ikut syariat.Dipetik dari Kuliah Abuya.
Wednesday, April 18, 2012
Sejarah ABDULLAH (Ayah Rasulullah saw) dan ABDUL MUTHALIB (Kakek Rasulullah saw)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment